Kami membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai HR & Admin Intern. Latihan industri ini memberi pendedahan sebenar dalam pengurusan sumber manusia dan pentadbiran pejabat — sesuai untuk anda yang ingin membina kerjaya dalam bidang HR atau pengurusan perniagaan.
Deskripsi Tugas :
- Membantu dalam proses pengambilan pekerja seperti penjadualan temuduga, menyemak resume dan menghubungi calon.
- Menguruskan dokumen dan fail HR termasuk rekod kehadiran, cuti dan fail pekerja.
- Menyokong tugas-tugas pentadbiran harian seperti penyediaan surat rasmi, laporan dan dokumen dalaman.
- Membantu dalam pengurusan latihan, orientasi pekerja baharu dan aktiviti syarikat.
- Menyediakan laporan berkala berkaitan operasi HR dan pentadbiran.
- Menjalankan tugas lain berkaitan yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan :
Pelajar dalam bidang Sumber Manusia, Pengurusan Perniagaan, Pentadbiran atau bidang berkaitan.Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik secara lisan dan bertulis.Teliti, teratur dan boleh bekerja secara berpasukan.Bersikap profesional dan menjaga kerahsiaan maklumat syarikat.Berminat???
Ayuh sertai kami sekarang
Job Type : Internship
Pay : RM400.00 per month
Benefits :
Opportunities for promotionProfessional developmentWork Location : In person