Talent.com
This job offer is not available in your country.
Content Creator

Content Creator

MASS FOOD INDUSTRIES SDN BHDMalaysia
12 hours ago
Job description

Pihak kami mencari individu yang berkebolehan dan berpengalaman dalam bidang Content Creator, kreatif dalam mencipta video yang terkini, sentiasa mengetahui trend yang fyp di platform digital dan boleh bekerja mengikut syif.

  • Boleh bekerja di Senawang (Aysha Bakehouse HQ)

Tanggungjawab Utama

  • Menyediakan kalendar kandungan bulanan.
  • Mencipta konsep yang menarik dan selari dengan imej syarikat.
  • Menyelaraskan idea kandungan dengan objektif pemasaran dan sasaran audiens.
  • Merakam & menyunting video pendek untuk TikTok, Instagram Reels, dan platform lain.
  • Mengambil & mengedit gambar berkualiti untuk media sosial dan promosi.
  • Menulis teks & caption yang relevan dan menarik minat audiens.
  • Mengurus dan memuat naik posting di Facebook, Instagram, TikTok, dll.
  • Menjadualkan kandungan mengikut perancangan.
  • Berinteraksi dengan pengikut, menjawab komen & mesej, dan menggalakkan engagement.
  • Memantau prestasi kandungan melalui tools seperti Instagram Insights, TikTok Analytics, dan Google Analytics.
  • Menyediakan laporan prestasi bulanan.
  • Membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas dan data.
  • Peka dengan trend media sosial terkini.
  • Mengadaptasi trend sesuai untuk jenama Aysha Bakehouse.
  • Menghadiri kursus atau seminar bagi meningkatkan kemahiran.
  • Berbincang dengan pasukan pemasaran untuk selarikan kandungan dengan kempen.
  • Menghadiri mesyuarat untuk kemas kini projek dan maklum balas pengurusan.
  • Membantu menghasilkan kandungan untuk iklan berbayar di media sosial.
  • Menyelaraskan kandungan dengan objektif promosi.
  • Mengemaskini kandungan sedia ada agar relevan & menarik.
  • Menyemak tatabahasa dan memastikan mesej jelas.
  • Kriteria

    1. Kreatif & Berimaginasi Tinggi

  • Mampu menghasilkan idea segar yang membezakan brand daripada pesaing.
  • Pandai adaptasi trend viral supaya sesuai dengan identiti syarikat.
  • 2. Peka Dengan Trend & Audience

  • Sentiasa "up-to-date" dengan perkembangan TikTok, Instagram, Facebook, dan platform lain.
  • Faham apa yang audiens suka dan bagaimana nak tarik perhatian mereka dalam 3–5 saat pertama.
  • 3. Komunikasi Baik

  • Pandai berinteraksi sama ada depan kamera atau di ruangan komen.
  • Boleh sampaikan mesej dengan jelas dan mesra.
  • 4. Disiplin & Konsisten

  • Mampu ikut jadual posting tanpa lengah.
  • Ada "self-drive" untuk siapkan tugasan walaupun tanpa disuruh berkali-kali.
  • 5. Tahan Tekanan & Fleksibel

  • Tidak mudah beremosi bila ada feedback kritikal atau last-minute changes.
  • Boleh adjust idea atau konsep jika keadaan memerlukan.
  • 6. Minat Dalam Media Sosial & Storytelling

  • Bukan sekadar "kerja" tapi minat mendalam terhadap fotografi, videografi, dan penulisan caption.
  • Faham bagaimana nak bercerita melalui visual dan teks.
  • 7. Mesra & Positive Energy

  • Senang bekerjasama dengan team production, marketing, dan founder.
  • Membawa vibe yang baik supaya suasana shooting jadi selesa.
  • 8. Teliti & Ada Sentuhan Estetik

  • Mata yang peka terhadap warna, pencahayaan, framing, dan komposisi.
  • Pastikan setiap post nampak kemas & konsisten dengan branding.
  • Create a job alert for this search

    Content Creator • Malaysia