Talent.com
This job offer is not available in your country.
Operator Pengeluaran

Operator Pengeluaran

Shinko Electronics (M) Sdn. Bhd.Shah Alam, Selangor, Malaysia
15 hours ago
Job description

Shinko Electronics (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia sejak tahun 1990 dan merupakan anak syarikat Shinko Electric Industries Co., Ltd., sebuah syarikat multinasional yang beribu pejabat di Jepun yang diasaskan pada tahun 1946, yang mengkhususkan diri dalam pembuatan 'lead frame.' Syarikat ini telah membina reputasi yang kukuh untuk menyediakan penyelesaian berkualiti tinggi dan berkhidmat kepada pelbagai pasaran global, terutamanya di Asia, Amerika dan Eropah.

Shinko Electronics (M) Sdn. Bhd. juga dikenali dengan komitmen terhadap inovasi, kawalan kualiti, dan kelestarian dalam operasi. Kehadirannya di Malaysia membantu menyokong permintaan yang semakin meningkat untuk komponen elektronik, terutamanya dalam sektor semikonduktor, yang merupakan industri kritikal bagi ekonomi global.

Dengan perkembangan industri semikonduktor dan peningkatan global terhadap 'lead frame', Shinko Electronics (M) Sdn. Bhd. mempelawa mereka yang berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai Operator Pengeluaran di dalam Seksyen Final Visual Inspection.

Syarat dan kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas.
  • Pendidikan sekurang-kurangnya SPM atau yang setaraf dengannya.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh bekerja di dalam Clean Room dengan pemakaian coveralls .
  • Boleh menggunakan microscope dalam jangka masa yang lama.
  • Boleh memberi tumpuan / fokus terhadap kerja.
  • Boleh bekerja secara giliran 3 syif (pagi, petang dan malam)
  • Boleh bekerja sewaktu musim perayaan (hari raya Aidilfitri / Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan lain-lain perayaan).
  • Waktu bekerja tidak melebihi 60 jam / minggu.

Shinko Electronics (M) Sdn. Bhd. do not impose any payment for attending interviews, selections, or appointments. We also do not practice discrimination based on religion, race, and culture in line with the provisions by the Responsible Business Alliance (RBA).

Job Type : Full-time

Pay : From RM1,700.00 per month

Benefits :

  • Free parking
  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Meal allowance
  • Opportunities for promotion
  • Professional development
  • Application Deadline : 12 / 19 / 2024

    Create a job alert for this search

    Operator Pengeluaran • Shah Alam, Selangor, Malaysia