Talent.com
This job offer is not available in your country.
Juruteknik Pembaikan Peti Sejuk

Juruteknik Pembaikan Peti Sejuk

PRISM+Petaling Jaya, Selangor, MY
19 days ago
Job type
  • Quick Apply
Job description

Tanggungjawab juruteknik pembaikan peti sejuk domestik termasuk tetapi tidak terhad kepada

  • Melaksanakan kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, dan pemeriksaan ke atas pelbagai jenis peti sejuk termasuk model inverter dan bukan inverter.
  • Melakukan diagnosis masalah dan mengenal pasti kerosakan komponen elektrik / elektronik, mekanikal atau penyejukan.
  • Menyediakan penyelesaian teknikal dan membaiki kerosakan peti sejuk di lokasi pelanggan atau di bengkel syarikat.
  • Menguji peti sejuk selepas pembaikan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
  • Memberi laporan kerja pembaikan secara bertulis dan mengemas kini rekod dalam sistem pangkalan data syarikat.
  • Menasihati pelanggan tentang penjagaan dan penggunaan peti sejuk yang betul bagi mengelakkan kerosakan berulang.
  • Memastikan semua kerja dilakukan mengikut piawaian keselamatan dan prosedur kerja syarikat.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang ditugaskan oleh pihak pengurusan.

Requirements

  • Diploma / Sijil Kemahiran Malaysia dalam Penyejukan dan Penyaman Udara, Teknologi Penyelenggaraan Peti Sejuk atau bidang berkaitan.
  • WAJIB ADA pengalaman sekurang-kurangnya 2-3 tahun dalam membaiki peti sejuk atau perkakasan elektrik domestik.
  • Mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam sistem penyejukan (refrigeration cycle) dan keupayaan membaca litar elektrik.
  • Berpengetahuan dalam menggunakan alatan diagnostik dan pembaikan dengan berkesan.
  • Berkebolehan untuk bekerja secara berdikari dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
  • Mempunyai lesen memandu / motosikal yang sah (jika perlu ke lokasi pelanggan).
  • Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat / mengalihkan perkakasan elektrik domestik.
  • Bersikap positif, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
  • Boleh bekerja lebih masa atau pada hujung minggu jika diperlukan.
  • Kemahiran berkomunikasi lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan.
  • Benefits

  • Kenaikan tahunan dan bonus prestasi.
  • Insentif untuk setiap barang yang dihantar.
  • Faedah tahunan perubatan.
  • Cuti hari jadi.
  • Create a job alert for this search

    Juruteknik Pembaikan • Petaling Jaya, Selangor, MY