Sebagai sebuah syarikat elektronik yang sedang berkembang, PRISM+ Malaysia sedang mencari calon yang boleh menunjukkan kepakaran mereka dalam membantu pasukan perkhidmatan kami, terutamanya dalam bidang pemulihan produk dan penggunaan semula komponen. Peranan ini juga merangkumi tugas sebagai sumber teknikal utama bagi pasukan khidmat pelanggan kami, membantu mereka dalam memberikan penyelesaian masalah yang terbaik kepada pelanggan bagi memastikan penyelesaian masalah berjalan lancar dan pantas.
Individu ini akan menjadi tonggak pengetahuan teknikal secara praktikal untuk produk PRISM+. Mereka akan bertanggungjawab memberikan bantuan teknikal, panduan dan sokongan kepada pengguna individu dan juga syarikat kami yang menghadapi isu berkaitan sistem teknikal, perkakasan dan perisian.
Tanggungjawab Pekerjaan :
- Menyelesaikan masalah secara praktikal, memulihkan dan membaiki rangkaian produk PRISM+ menggunakan peralatan di pejabat RMA.
- Menjalankan diagnosis terhadap masalah produk PRISM+ dan memberikan penyelesaian teknikal kepada pelanggan secara profesional apabila diperlukan.
- Menyokong jabatan lain dalam isu teknikal produk / panduan – melalui proses yang betul bagi mengenal pasti masalah, menyiasat dan memberi penyelesaian yang diperlukan.
- Menyimpan rekod pembaikan dan penyelesaian dalam sistem mengikut keperluan Syarikat.
- Menyertai aktiviti pengiraan stok audit di gudang, pensijilan produk, pengubahsuaian semula dan pengecaman alat ganti.
- Melatih dan membimbing pekerja baharu dari segi pengetahuan produk dan kemahiran sokongan teknikal.
- Menyediakan, menyelenggara dan menyelesaikan masalah berkaitan aset / peralatan IT am dan peranti tambahan di pejabat syarikat dan cawangan runcit (outlet retail).
- Membantu delivery team di pejabat semasa penghantaran dan pengambilan produk.
- Menjaga kekemasan stesen kerja dan peralatan.
- Menyertai projek atau tugasan ad hoc seperti yang diperlukan oleh Syarikat.
Requirements
Syarat Kelayakan :
Diploma dalam Kejuruteraan Elektronik / Kejuruteraan Komputer atau bidang pengajian yang berkaitan.WAJIB mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam perkhidmatan / pembaikan produk elektronik secara langsung sama ada di lokasi atau di pejabat dalam bidang yang berkaitan dengan jawatan ini.WAJIB mempunyai pengalaman dan kemahiran secara langsung dalam pemasangan, penyelesaian masalah, pembaikan pelbagai jenis peralatan pengguna domestik ( mesin basuh, peti sejuk, kipas siling, penapis udara, televisyen, monitor komputer, soundbar dan lain-lain )Tiada kecederaan fizikal semasa atau berterusan yang boleh menghalang daripada mengangkat atau mengalihkan peralatan rumah pengguna biasa secara harian sama ada di pejabat atau lokasi pelanggan.Pemahaman kukuh terhadap piawaian spesifikasi teknikal dan produk global bagi rangkaian produk PRISM+.Benefits
Faedah pesakit luar tahunan (termasuk faedah pergigian dan optik)Cuti hari jadiBonus prestasiKenaikan tahunan