Pengurusan Jualan :
Membangunkan dan melaksanakan strategi jualan untuk menarik pelanggan baru dan memastikan pencapaian sasaran jualan yang ditetapkan.
Pemasaran dan Promosi :
Merancang dan melaksanakan kempen pemasaran untuk mempromosikan perkhidmatan perancangan perkahwinan syarikat, termasuk melalui media sosial, laman web, iklan, dan acara pameran.
Penyelidikan dan Pemantauan Pasaran :
Melakukan kajian pasaran untuk memahami tren terkini dalam industri perkahwinan dan memastikan syarikat tetap relevan dan kompetitif.
Pengurusan Acara Perkahwinan :
Membantu dalam merancang dan mengkoordinasi setiap perincian acara perkahwinan, termasuk pemilihan tema, pelamin, katering, dan susunan aturcara.
Pengurusan Hubungan Pelanggan :
Berhubung dengan bakal pengantin dan keluarga mereka untuk memahami keperluan dan kehendak mereka bagi mencipta pengalaman perkahwinan yang sempurna.
Pengurusan Bajet dan Pembayaran :
Menyediakan anggaran kos untuk setiap perkahwinan dan memastikan acara berjalan mengikut bajet yang ditetapkan.
Memastikan setiap transaksi kewangan adalah telus dan diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
Laporan dan Analisis :
Menyediakan laporan berkala mengenai prestasi jualan dan pemasaran, termasuk analisis mengenai jumlah pelanggan, hasil jualan, dan maklum balas pelanggan.
Kerjasama dengan team yang terlibat :
Bekerjasama rapat dengan team deco, team struktur, dan team vendor untuk memastikan setiap aspek perkahwinan diselaraskan dengan sempurna.
Sales And Marketing • Kota Bharu, Kelantan, Malaysia