Kami sedang mencari Junior Site Supervisor yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan projek kami. Anda akan membantu menyelia kerja-kerja tapak, memastikan kualiti kerja mengikut spesifikasi serta menyelaras aktiviti harian antara Installer, kontraktor, pembekal dan pasukan pejabat.
Peranan ini sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang pembinaan , cekap menyelesaikan masalah di tapak , dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik .
Tanggungjawab
Menyelia kerja harian di tapak dan memastikan jadual projek dipatuhi.
Memastikan kerja dijalankan mengikut lukisan, spesifikasi dan piawaian keselamatan.
Menyemak kemasukan bahan binaan dan memastikan kualiti serta kuantiti mencukupi.
Berkomunikasi dengan kontraktor, subkontraktor dan pembekal untuk kelancaran kerja.
Menyediakan laporan harian tapak dan melaporkan kepada Project Manager.
Mengambil gambar kemajuan kerja di tapak untuk rekod dan laporan.
Membantu dalam penyelarasan kerja pembaikan, pemasangan dan pemeriksaan akhir.
Kelayakan
Minimum Sijil / Diploma dalam bidang Pembinaan, Kejuruteraan Awam, atau bidang berkaitan.
Site Supervisor • SelangorMalaysia, Selangor, Malaysia