Talent.com
Tawaran kerja ini tidak tersedia di negara anda.
Logistic Officer

Logistic Officer

ZASHOMESMalaysia
20 jam yang lalu
Penerangan pekerjaan

Deskripsi Tugas Logistic Officer (Construction Company)

Perancangan & Pengurusan Logistik

Merancang keperluan logistik projek termasuk bahan binaan, peralatan, kenderaan dan tenaga kerja.

Menyusun jadual penghantaran bahan ke tapak projek mengikut timeline pembinaan.

Memastikan bahan sampai tepat pada masanya untuk mengelakkan kelewatan projek.

Pengurusan Stok & Inventori

Memantau dan mengurus stok bahan binaan di stor dan tapak projek.

Menyediakan rekod keluar masuk barang.

Melaporkan baki stok dan membuat permohonan pembelian semula bila perlu.

Koordinasi Dengan Pembekal & Subkontraktor

Berhubung dengan pembekal untuk mendapatkan sebut harga, pesanan, penghantaran dan penyelesaian isu logistik.

Memastikan penghantaran bahan menepati spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan.

Menjadi penghubung antara pihak pengurusan, subkontraktor dan tapak projek dalam urusan logistik.

Pengurusan Pengangkutan & Kenderaan

Menyusun pergerakan lori, forklift, dan kenderaan lain yang digunakan dalam logistik projek.

Memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta mengurus jadual penyelenggaraan asas.

Mengawal kos logistik termasuk kos pengangkutan.

Dokumentasi & Laporan

Menyediakan dokumen penghantaran (delivery order, invoice, purchase order).

Membuat laporan berkala mengenai penggunaan bahan, pergerakan logistik dan isu yang timbul.

Membantu bahagian kewangan dan projek dalam semakan kos logistik.

Pematuhan Prosedur & Keselamatan

Memastikan semua aktiviti logistik mematuhi prosedur syarikat, undang-undang serta piawaian keselamatan.

Menyelia aktiviti pemunggahan dan penyimpanan bahan di tapak supaya selamat & tersusun.

Sokongan Operasi Projek

Membantu pasukan projek memastikan keperluan logistik dipenuhi untuk kelancaran kerja di tapak.

Bertindak segera terhadap keperluan mendesak di tapak (urgent material request).

Buat amaran kerja untuk carian ini

Officer • Malaysia