Overview
Smart Mind Home Centre merupakan sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menyediakan perkhidmatan tuisyen dan kelas mengaji secara terus di rumah pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Kami mempunyai rangkaian database klien dan guru / tutor di setiap negeri dan memerlukan beberapa orang pengurus untuk menguruskan database klien / guru / tutor mengikut cawangan & negeri yang akan ditentukan kemudian. Deskripsi Tugas
Tugas utama pengurus (Branch Manager Home Tuition) adalah menguruskan klien-klien syarikat serta para guru / tutor yang berkhidmat bersama syarikat kami. Pengurusan penting melibatkan 5 perkara tunjang iaitu : Pendaftaran baharu ibu bapa (klien) yang mengambil perkhidmatan. Mendapatkan tutor yang sesuai (matching tutor) dari senarai database tutor yang wujud di dalam sistem rangkaian syarikat untuk klien baharu daftar. Menguruskan perjalanan database klien dan tutor yang sedia ada yang mengambil perkhidmatan bersama Smart Mind Home Centre. Menguruskan kutipan yuran pelajar setiap bulan dari ibu bapa. Menyediakan pengiraan bayaran elaun kepada para tutor yang terlibat pada akhir setiap bulan. Gaji & Imbuhan
Bayaran adalah dalam bentuk komisen semata-mata. Anggaran sekitar RM500 hingga RM2500 sebulan. Boleh jadi kurang daripada RM500 sebulan atau lebih daripada RM2500 sebulan berdasarkan kutipan sale yang berjaya dibuat setiap bulan oleh pengurus. Lokasi Pekerjaan
Hanya bekerja secara terus di rumah. Tidak perlu pergi ke pejabat. Namun perlu hadir kursus penuh untuk mempelajari pengurusan kerja WFH ini. Masa Pekerjaan
Waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance). Anda tidak terikat dengan sebarang waktu bekerja baik di siang hari ataupun pada malam hari. Kelengkapan Pekerjaan
Setiap pengurus disyaratkan MESTI mempunyai Laptop atau Desktop Komputer di rumah masing-masing. Ketiadaan Laptop / Desktop di rumah menyebabkan anda tidak layak untuk memohon jawatan ini. Kelayakan Umur
21 hingga 40 tahun sahaja. Temuduga
Pemohon yang terpilih sahaja akan tersenarai untuk dipanggil temuduga yang akan dilaksanakan secara online Google Meet. Kursus & Latihan Jawatan
Mereka yang berjaya terpilih sebagai Branch Manager Home Tuition diwajibkan menghadiri Kursus & Latihan secara face to face (fizikal) yang akan dijalankan bagi tempoh 3 hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu & Ahad). Bagi mereka yang berminat, sila whatsapp atau hubungi kami di talian (Cikgu Syahir). Sila berikan maklumat anda dibawah melalui whatsapp bagi memudahkan urusan. Nama : Umur : Bujang / Berkahwin : Tahap Pendidikan : Bidang Pendidikan : Kolej / Universiti : Pekerjaan Sekarang : Sekian, terima kasih. 1. Hanya bekerja dari rumah sahaja. Tidak perlu ke pejabat. Tidak terikat dengan waktu bekerja kerana waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance). 3. Gaji dan elaun yang berbaloi dan munasabah kerana dibayar melalui komisen / pencapaian / kerajinan. 4. Bonus Bulanan (KPI). 5. Bonus Komitmen. Menyediakan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home Based di seluruh Malaysia.
#J-18808-Ljbffr
Branch Manager • Seri Kembangan, Malaysia