Jobscope : Assistant Manager
Sebagai seorang Assistant Manager di Bumbu Babah, anda bertanggungjawab penuh dalam memastikan operasi harian restoran berjalan lancar, efisien, dan memenuhi standard perkhidmatan serta kualiti makanan yang ditetapkan. Anda adalah pemimpin di premis dan berperanan penting dalam membimbing pasukan ke arah kecemerlangan.
Tanggungjawab Utama :
1. Mengurus Operasi Harian Restoran
Memastikan semua bahagian beroperasi dengan lancar termasuk dapur, kaunter, dan perkhidmatan pelanggan.
Memastikan kebersihan, susun atur dan suasana restoran berada pada tahap terbaik.
2. Memimpin dan Membimbing Pasukan
Memberi arahan jelas, memotivasikan staf, serta membina semangat kerja berpasukan.
Menyelia jadual kerja, kehadiran dan disiplin staf.
3. Mengawal Kualiti Produk dan Perkhidmatan
Memastikan setiap hidangan disediakan mengikut standard resipi dan kualiti Bumbu Babah.
Memastikan layanan pelanggan mesra, profesional dan konsisten.
4. Mengurus Inventori dan Pembekalan
Menyelia tahap stok bahan mentah, pembelian dan penerimaan barang.
Mengelakkan pembaziran serta memastikan stok cukup dan segar.
5. Menangani Isu Pelanggan dan Staf
Menyelesaikan aduan pelanggan dengan pantas dan profesional.
Menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik dalaman jika berlaku.
6. Melaksanakan Arahan dan Polisi Pengurusan
Memastikan semua SOP dipatuhi termasuk kebersihan, keselamatan makanan dan standard perkhidmatan.
Melapor terus kepada pihak pengurusan tertinggi mengenai perkembangan restoran.
7. Mengurus Jualan dan Prestasi Kewangan
Menyediakan laporan jualan harian / mingguan / bulanan.
Mencapai sasaran jualan serta kawalan kos operasi.
8. Latihan dan Pembangunan Staf
Mengenal pasti keperluan latihan dan memastikan staf sentiasa diberi pendedahan yang relevan.
Membimbing staf baharu semasa tempoh orientasi.
9. Menjaga Imej Jenama Bumbu Babah
Menjadi contoh terbaik kepada staf dalam aspek etika kerja, penampilan dan layanan pelanggan.
Menyokong aktiviti promosi dan program keahlian restoran.
Job Type : Full-time
Pay : From RM3,000.00 per month
Benefits :
Ability to commute / relocate :
Work Location : In person
Outlet Manager • Seri Manjung, Perak, Malaysia