Talent.com
Tawaran kerja ini tidak tersedia di negara anda.
Warehouse Assistant Supervisor

Warehouse Assistant Supervisor

Unique Fire Industry Sdn BhdMalaysia
1 hari lalu
Penerangan pekerjaan

Unique Fire Holdings Berhad

Kami merupakan syarikat kilang yang memasang dan mengedar sistem perlindungan kebakaran aktif, peralatan serta aksesori. Produk kami sangat dipercayai oleh pelanggan di Malaysia dan juga pasaran luar negara termasuk negara ASEAN dan Timur Tengah.

Selepas disenarai dalam bursa saham utama, syarikat kini sedang menjalani fasa berkembang secara besar-besaran dan kami ingin individu yang bersemangat serta bertenaga untuk menyertai pasukan kami.

Jawatan : Penolong Penyelia Gudang (Warehouse Assistant Supervisor)

Tanggungjawab Kerja

  • Membantu penyelia dalam urusan harian bagi memastikan operasi gudang berjalan lancar
  • Mengambil, menyemak, membungkus dan melabel barang siap mengikut Sales Order (SO)
  • Menyusun barang yang sudah siap ke kawasan yang ditetapkan untuk semakan kedua sebelum penghantaran atau kutipan pelanggan walk-in

Mengurus pelepasan barang yang sudah siap kepada pelanggan walk-in

  • Menjalankan aktiviti memuat barang apabila ejen penghantaran datang mengambil barang
  • Melakukan pemeriksaan stok secara rawak dari semasa ke semasa
  • Memastikan kerja dilakukan dengan cekap dan berkesan
  • Menjaga kebersihan gudang dan mengamalkan 5S / housekeeping yang baik
  • Menyertai aktiviti kiraan stok berkala
  • Melaksanakan tugasan lain yang diberikan oleh penyelia
  • Syarat Kelayakan

  • Minimum SPM atau kelayakan setaraf
  • Tiada pengalaman diperlukan – lepasan sekolah atau graduan baru digalakkan memohon (latihan akan disediakan)
  • Sikap kerja yang baik dan positif
  • Sanggup belajar perkara baharu
  • Boleh bekerjasama dalam kumpulan
  • Cekap dan pandai mengurus masa
  • Faedah

  • Elaun kehadiran
  • Cuti tahunan & tuntutan perubatan
  • Bayaran kerja lebih masa (OT)
  • Buat amaran kerja untuk carian ini

    Warehouse Supervisor • Malaysia