Talent.com
Tawaran kerja ini tidak tersedia di negara anda.
Assistant Supervisor

Assistant Supervisor

Etac Marketing Sdn BhdKajang, Selangor, Malaysia
13 jam yang lalu
Penerangan pekerjaan

Tujuan Jawatan :

Membantu penyelia dalam melaksanakan tugas-tugas harian, menyelia operasi dan pekerja bawahan, memastikan kelancaran proses kerja serta mematuhi prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan.

Tanggungjawab Utama :

Menyelia Operasi Harian :

Membantu dalam merancang dan menyelaras tugasan harian pekerja.

Memastikan tugasan disiapkan mengikut masa dan standard yang ditetapkan.

Pemantauan dan Kawalan Kualiti :

Memastikan produk / perkhidmatan memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Menyelesaikan masalah kecil yang timbul di tempat kerja sebelum dilaporkan kepada penyelia.

Latihan dan Bimbingan :

Memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru atau kurang mahir.

Membantu dalam pelaksanaan program latihan dalaman.

Keselamatan dan Kebersihan :

Memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Memantau kebersihan kawasan kerja mengikut piawaian syarikat.

Laporan dan Dokumentasi :

Membantu dalam penyediaan laporan harian / mingguan mengenai prestasi kerja atau isu-isu operasi.

Merekod kehadiran, cuti dan laporan lain yang berkaitan.

Komunikasi dan Koordinasi :

Menjadi penghubung antara pekerja bawahan dan pengurusan.

  • Menyampaikan arahan, perubahan jadual atau polisi kepada pasukan kerja.

Kelayakan & Kemahiran :

  • Minimum STPM / Diploma bergantung kepada industri.
  • Fresh Graduate dialu-alukan untuk memohon
  • Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1–2 tahun.
  • Kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik.
  • Mempunyai keupayaan untuk bekerja secara berdikari
  • Mampu bekerja dalam pasukan dan di bawah tekanan.
  • Pengetahuan asas dalam penggunaan komputer adalah satu kelebihan.
  • Diutamakan calon yang menetap di kawasan Cheras / Kajang
  • Buat amaran kerja untuk carian ini

    Supervisor • Kajang, Selangor, Malaysia