Alam Sari Raya Sdn. Bhd.Dungun, Terengganu, Malaysia
13 jam yang lalu
Penerangan pekerjaan
Skop Kerja & Tanggungjawab;
Operasi Ladang – Membantu dan memantau aktiviti harian seperti penanaman, pembajaan, pemangkasan, kawalan penyakit / perosak serta penuaian mengikut piawaian GAP dan keselamatan.
Pemantauan & Data – Merekod pertumbuhan tanaman, hasil serta input ladang; melaporkan isu perosak, penyakit dan nutrien.
Penyelarasan Pekerja – Membantu menyelia pekerja, memberi latihan asas dan menyokong tugasan harian.
Sumber & Inventori – Memantau penggunaan baja, racun dan peralatan serta melaporkan tahap stok.
Kualiti & Kelestarian – Menjaga kualiti hasil, menyokong amalan lestari dan mesra alam.
Kelayakan;
Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam Pertanian, Pengurusan Perladangan, Perhutanan atau bidang berkaitan.
Terbuka kepada graduan baharu; pengalaman dalam industri kopi / perladangan adalah satu kelebihan.
Mempunyai kemahiran analitikal, pengurusan dan penulisan laporan yang baik.
Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Mempunyai kemahiran penggunaan komputer.
Bersedia untuk bekerja di tapak ladang kopi Bukit Besi, Dungun Terengganu.
Faedah;
Pakej gaji (RM3,000 – RM5,000).
KWSP & PERKESO.
Insurans Perubatan & Kemalangan Diri.
Insentif Perumahan.
Peluang pembangunan kerjaya dan peningkatan profesional.
Menjadi sebahagian daripada projek ladang kopi yang lestari dan inovatif.