Overview
RSPLAN Consult Sdn. Bhd. ialah firma perunding perancangan bandar dan pengurusan projek. Kami mempunyai peluang pekerjaan Perancang Bandar untuk menyertai syarikat kami ini. Jika anda berminat untuk membantu membentuk pembangunan yang lebih baik dan selesa untuk didiami, kami alu-alukan permohonan anda! RSPLAN Consult Sdn Bhd adalah firma yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Perancang Bandar Malaysia dan Pertubuhan Perancang Malaysia. Firma ini telah beroperasi lebih 15 tahun dengan sokongan ahli Kumpulan RSPLAN yang merupakan aset kejayaan firma ini. Responsibilities
Bekerjasama dengan ahli Kumpulan RSPLAN dalam menjayakan projek-projek perundingan. Terlibat dalam penyediaan pelan induk, pelan susun atur dan pelan pembangunan serta bahan-bahan berkaitan pelan konsep. Bertanggungjawab terhadap pengurusan fail dan dokumen lukisan secara sistematik. Melaksanakan tugasan tambahan (ad hoc) yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan selaras dengan keperluan projek atau organisasi. Benefits
Pelan kesihatan, imbuhan tambahan dan kesejahteraan ahli pasukan. Faedah menarik : Elaun projek, Elaun telefon, Percutian syarikat, Imbuhan harijadi, dan berbagai lagi!
#J-18808-Ljbffr
Drafter • Subang Jaya, Malaysia