Skop Kerja 1 : Pengambilan Affiliate
- Mengenal pasti calon affiliate (terutama pencipta kandungan TikTok, influencer dan penjual dalam talian).
- Membantu menyediakan panduan, maklumat produk, dan bahan promosi.
- Memastikan affiliate memahami polisi syarikat, identiti jenama, dan objektif kempen jualan.
Skop Kerja 2 : Pengurusan Hubungan Affiliate
Menjadi penghubung utama antara syarikat dengan affiliate.Memberikan sokongan kepada affiliate berkenaan pertanyaan, isu teknikal dan keperluan promosi.Mengekalkan hubungan baik supaya affiliate kekal aktif dan bermotivasi.Skop Kerja 3 : Pelaksanaan Kempen & Kolaborasi
Menyelaras kempen pemasaran bersama affiliate TikTok.Memastikan penghantaran kandungan, sampel produk, dan bahan pemasaran berjalan lancar.Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk menyelaraskan promosi affiliate dengan kempen syarikat.Skop Kerja 4 : Pemantauan & Laporan Prestasi
Memantau prestasi harian livestream affiliate.Menganalisis keberkesanan kempen.Menyediakan laporan harian / mingguan / bulanan untuk rujukan pihak pengurusan.Skop Kerja 5 : Perancangan Strategi Jualan Affiliate
Mencadangkan strategi untuk meningkatkan jualan affiliate (kod diskaun, kempen khas, kandungan kreatif).Mengenal pasti affiliate berprestasi tinggi dan merancang kolaborasi eksklusif.Meneroka peluang mengembangkan rangkaian affiliate (niche TikTok baru, mikro-influencer).Skop Kerja 6 : Pentadbiran & Pematuhan
Mengurus kontrak, perjanjian dan dokumentasi berkaitan bayaran affiliate.Memastikan affiliate mematuhi garis panduan jenama dan piawaian pematuhan.Membantu mengesan risiko penipuan (trafik palsu, penukaran tidak sah).Kemahiran / Kelayakan Diperlukan :
Kemahiran komunikasi yang baik.Kefahaman tentang ekosistem TikTok, trend dan influencer.Pengetahuan asas pemasaran digital (CPC, CPA, ROI, conversion tracking).Kemahiran pengurusan masa untuk mengendalikan ramai affiliate serentak.Mempunyai pemikiran analitikal dalam membuat laporan prestasi.Job Types : Full-time, Part-time, Permanent, Contract, Temporary, Freelance, Internship, Fresh graduate
Contract length : 12 months
Pay : From RM2,000.00 per month
Work Location : In person