Jawatan ini juga akan ditugaskan untuk melawat peruncit di kawasan sekitar
Temerloh . Skop Kerja Mencapai jualan bulanan yang ditetapkan oleh syarikat dengan melawat peruncit yang telah ditetapkan serta peruncit baru. Memastikan kutipan kredit jualan adalah mengikut sistem dan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Mempromosikan semua aktiviti promosi Ninja Mart kepada peruncit. Mengemaskini maklumat dari masa ke semasa bagi memastikan ketepatan data. Jawatan Jurujual ini adalah secara kontrak. Dikehendaki bekerja 6 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Syarat kelayakan Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Kelayakan SPM dan ke atas. Berpengalaman sebagai jurujual. Memiliki kenderaan sendiri (motosikal / kereta). Lesen pemandu / penunggang yang sah dan GDL yang sah jika memandu kenderaan syarikat. Tiada rekod jenayah. Mempunyai sikap yang baik dan berorientasikan pelanggan. Mempunyai telefon Android. Bertanggungjawab dan menepati masa. Mampu bekerja mengikut jadual yang fleksibel. Anda akan dihubungi sekiranya anda disenarai pendek sebagai calon bagi jawatan ini.
#J-18808-Ljbffr
Ninja Mart Temerloh • Kuantan, Malaysia