Tarikh Iklan : 20 Okt 2025
Untuk kemasukan segera.
JAWATAN KOSONG : FINANCE SENIOR EXECUTIVE
Majikan : Deca Solutions Sdn Bhd
Lokasi : Butterworth, Pulau Pinang
Tentang Kami
Ditubuhkan pada tahun 2017, Deca Solutions Sdn Bhd ialah syarikat pakar dalam bidang Non-Revenue Water (NRW) dan penyelesaian industri air yang berpangkalan di Kuala Lumpur dengan operasi di Seremban, Alor Setar, dan Pulau Pinang. Kami menyediakan perkhidmatan profesional meliputi konsultansi, kejuruteraan, kerja-kerja sivil, teknologi digital, dan pengurusan projek.
Tanggungjawab Utama
- Mengurus dan menyelaras keseluruhan operasi kewangan syarikat di peringkat projek dan HQ.
- Menyediakan laporan kewangan bulanan, penyata pendapatan, dan aliran tunai.
- Memantau akaun belum terima (AR) dan akaun belum bayar (AP) termasuk urusan invois, tuntutan dan pembayaran pembekal.
- Menyediakan dokumen sokongan untuk audit, cukai, dan pematuhan undang-undang.
- Menyelia rekod perakaunan menggunakan sistem digital / perisian kewangan syarikat.
- Membantu dalam penyediaan bajet tahunan, analisis kos projek, dan laporan prestasi kewangan.
- Menyokong pasukan pengurusan dalam perancangan kewangan dan kawalan dalaman.
Kelayakan Diperlukan
Ijazah / Diploma dalam Kewangan, Perakaunan atau bidang berkaitan.Minimum 3 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan atau kewangan, keutamaan kepada yang pernah bekerja dalam industri pembinaan / projek.Mahir dalam Microsoft Excel dan perisian akaun (contohnya SQL Accounting, AutoCount, QuickBooks atau setara).Cekap, teliti dan mempunyai tahap integriti yang tinggi.Boleh bekerja secara berdikari dan juga sebagai sebahagian daripada pasukan.Kelebihan Tambahan
Pengalaman menyediakan laporan pengurusan dan penyata kewangan untuk pelbagai projek.Pengetahuan asas dalam sistem pengurusan projek atau ERP.Faedah
Gaji kompetitif mengikut pengalaman.Peluang kenaikan pangkat dalam organisasi yang sedang berkembang.Persekitaran kerja profesional dan kolaboratif.Maklumat Kerja & Syarat
Contract Type : Full-timeJob Type : ExecutiveExperience Level : 3-5 yearsJob Categories : Accounting / Tax / AuditLanguage Required : Bahasa Malaysia, EnglishNationality Preferred : Malaysians OnlyFemale OnlyOwn Transport : NoneSalary & Other benefits : RM 3,000 to RM 5,000 per monthCalon yang berminat boleh menghantar resume lengkap (beserta gambar terbaru) ke :
Job Info & Requirement
#J-18808-Ljbffr