1. Nama Jawatan : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Syarikat : MyANGKASA Amanah Berhad
Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 15 tahun di peringkat pengurusan dan mempunyai prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.
Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Mempunyai kemahiran merancang dan mengurus serta berupaya membina kepercayaan dan kredibiliti dengan pihak berkepentingan.
Calon yang memiliki jaringan industri yang baik, daya pemikiran yang strategik, nilai integriti yang tinggi, kemahiran komunikasi yang baik, nilai kepimpinan tinggi, keupayaan membuat keputusan, proaktif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan diberi keutamaan.
Pelantikan adalah selama DUA (2) tahun, dengan potensi lanjutan bergantung kepada prestasi dan keperluan MyANGKASA Amanah Berhad.
Memacu keberkesanan proses kerja, operasi, tadbir urus dan pertumbuhan mampan syarikat.
Menyediakan laporan serta nasihat strategik kepada Lembaga Pengarah secara telus dan menyeluruh.
Mewakili syarikat dalam urusan rasmi bersama pihak berkepentingan dan pemegang taruh utama.
Pemohonan boleh dihantar melalui emel di emailprotected beserta dokumen-dokumen yang lengkap.
Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut :
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2025 (Rabu). Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.
#J-18808-Ljbffr
Chief Executive Officer • Petaling Jaya, Selangor, Malaysia