SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Mempunyai Diploma dalam bidang-bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Memperolehi Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) (termasuklah Ujian Lisan) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Berkemahiran dalam penghasilan infografik, videografik dan rekaan visual;
- Berkemahiran dalam mengendalikan kamera video, rakaman dan kerja-kerja penyuntingan video;
- Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.
SKOP TUGAS :
Bertanggungjawab merancang dan menjalankan penggambaran video untuk acara, kempen atau makluman Universiti, menyunting rakaman video menjadi produk kreatif yang berkualiti, menyediakan rekaan grafik / infografik / animasi grafik, elemen grafik, muzik dan suara latar jika perlu, memastikan kualiti teknikal video adalah baik (resolusi, audio) dan tugas-tugas jabatan yang berkaitan.CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang BPSM (PENTADBIRAN : UniSIRAJ / PEND. / BPSM / 02 / 2025) Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang boleh dimuat turun di pautan (bahagian Download "Application Form" ).Borang permohonan jawatan yang telah dilengkapkan hendaklah dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam senarai semak.Sila scan Borang Permohonan Jawatan bersama semua dokumen-dokumen mengikut turutan di dalam senarai semak dalam bentuk 1 file pdf sahaja dan hantar / upload file tersebut di ruangan resume / dokumen permohonan jawatan kosong di dalam pautan link berikut :Job Types : Full-time, Contract
Contract length : 12 months
Pay : From RM2,090.00 per month
Application Question(s) :
Berkemahiran dalam penghasilan Infografik, Videografik dan Rekaan Visual?Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan laman web rasmi dan akaun sosial syarikat?Work Location : In person