Overview
Smart Mind Home Centre merupakan sebuah syarikat Bumiputera Muslim yang menyediakan perkhidmatan tuisyen dan kelas mengaji secara terus di rumah pelajar di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Kami mempunyai rangkaian database klien dan guru / tutor di setiap negeri dan memerlukan beberapa orang pengurus bagi menguruskan database klien / guru / tutor mengikut cawangan & negeri yang akan ditentukan kemudian. Deskripsi Tugas
Pengurus (Branch Manager Home Tuition) bertanggungjawab menguruskan klien syarikat serta para guru / tutor yang berkhidmat. Tugas utama melibatkan lima perkara tunjang : Pendaftaran baharu ibu bapa (klien) yang mengambil perkhidmatan Mencari tutor yang sesuai (matching tutor) daripada senarai database tutor dalam sistem rangkaian syarikat untuk klien baharu Mengelola perjalanan database klien dan tutor yang sedia ada yang mengambil perkhidmatan Mengelola kutipan yuran pelajar setiap bulan daripada ibu bapa Menyediakan pengiraan bayaran elaun kepada para tutor yang terlibat pada akhir setiap bulan Gaji & Imbuhan
Bayaran adalah dalam bentuk komisen semata-mata. Anggaran sekitar RM300 hingga RM2000 sebulan. Boleh jadi kurang daripada RM300 sebulan atau lebih daripada RM2000 sebulan berdasarkan kutipan jualan yang berjaya dibuat setiap bulan oleh pengurus (Commission Basis). Lokasi Pekerjaan
Hanya bekerja secara terus di rumah. Tidak perlu pergi ke pejabat. Namun perlu hadir kursus penuh untuk mempelajari pengurusan kerja WFH ini. Masa Pekerjaan
Waktu bekerja adalah fleksibel (Freelance). Anda tidak terikat dengan sebarang waktu bekerja baik di siang hari ataupun pada malam hari. Kelengkapan Pekerjaan
Setiap pengurus disyaratkan MESTI mempunyai Laptop atau Desktop Komputer di rumah masing-masing. Ketiadaan Laptop / Desktop di rumah menyebabkan anda tidak layak untuk memohon jawatan ini. Kelayakan Umur
21 hingga 45 tahun sahaja. Temuduga
Pemohon yang terpilih sahaja akan tersenarai untuk dipanggil temuduga secara online melalui Google Meet. Kursus & Latihan Jawatan
Mereka yang berjaya terpilih sebagai Branch Manager Home Tuition diwajibkan menghadiri Kursus & Latihan secara face to face (fizikal) untuk tempoh 3 hari berturut-turut (Jumaat, Sabtu & Ahad). Bagi mereka yang berminat, sila WhatsApp atau hubungi kami di talian (Cikgu Syahir). Sila berikan maklumat anda melalui WhatsApp bagi memudahkan urusan. Maklumat yang perlu diberikan : Nama, Umur, Bujang / Berkahwin, Tahap Pendidikan, Bidang Pendidikan, Kolej / Universiti, Pekerjaan Sekarang. Akhir
Sekian, terima kasih.
#J-18808-Ljbffr
Branch Manager • Kuantan, Malaysia