Talent.com
Tawaran kerja ini tidak tersedia di negara anda.
Sales and Marketing Trainee

Sales and Marketing Trainee

RUMAH DUSUN SDN BHDKota Bharu, Kelantan, Malaysia
2 hari lalu
Penerangan pekerjaan

Pengurusan Jualan :

Membangunkan dan melaksanakan strategi jualan untuk menarik pelanggan baru dan memastikan pencapaian sasaran jualan yang ditetapkan.

  • Menguruskan proses jualan dari awal (perbincangan dengan bakal pengantin) hingga akhir (penutupan perkhidmatan selepas acara).
  • Membina dan menjaga hubungan yang baik dengan bakal pengantin, keluarga, serta pelanggan lain untuk memastikan kepuasan pelanggan yang tinggi.
  • Menyediakan cadangan dan tawaran perkhidmatan perkahwinan mengikut bajet dan keperluan pelanggan.

Pemasaran dan Promosi :

Merancang dan melaksanakan kempen pemasaran untuk mempromosikan perkhidmatan perancangan perkahwinan syarikat, termasuk melalui media sosial, laman web, iklan, dan acara pameran.

  • Menguruskan dan memantau media sosial syarikat dengan berkongsi kandungan yang relevan, termasuk gambar dan video dari perkahwinan yang telah diuruskan.
  • Penyelidikan dan Pemantauan Pasaran :

    Melakukan kajian pasaran untuk memahami tren terkini dalam industri perkahwinan dan memastikan syarikat tetap relevan dan kompetitif.

  • Menyediakan laporan pasaran mengenai permintaan pelanggan, trend perkahwinan, dan aktiviti pesaing.
  • Menilai keberkesanan strategi pemasaran dan membuat cadangan penambahbaikan.
  • Pengurusan Acara Perkahwinan :

    Membantu dalam merancang dan mengkoordinasi setiap perincian acara perkahwinan, termasuk pemilihan tema, pelamin, katering, dan susunan aturcara.

  • Menyelaraskan dengan vendor, pembekal, dan pasukan dalaman untuk memastikan setiap elemen acara berjalan lancar dan mengikut kehendak pelanggan.
  • Memastikan bahawa setiap acara perkahwinan mematuhi garis masa yang telah ditetapkan dan semua keperluan pelanggan dipenuhi.
  • Pengurusan Hubungan Pelanggan :

    Berhubung dengan bakal pengantin dan keluarga mereka untuk memahami keperluan dan kehendak mereka bagi mencipta pengalaman perkahwinan yang sempurna.

  • Menyediakan sokongan dan nasihat kepada pelanggan sepanjang proses perancangan, termasuk membantu mereka memilih perkhidmatan yang sesuai.
  • Menangani sebarang isu atau pertanyaan pelanggan dengan segera dan profesional untuk memastikan kepuasan pelanggan.
  • Pengurusan Bajet dan Pembayaran :

    Menyediakan anggaran kos untuk setiap perkahwinan dan memastikan acara berjalan mengikut bajet yang ditetapkan.

    Memastikan setiap transaksi kewangan adalah telus dan diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

    Laporan dan Analisis :

    Menyediakan laporan berkala mengenai prestasi jualan dan pemasaran, termasuk analisis mengenai jumlah pelanggan, hasil jualan, dan maklum balas pelanggan.

  • Menilai keberkesanan kempen pemasaran dan membuat penyesuaian strategi untuk meningkatkan hasil dan mencapai objektif syarikat.
  • Kerjasama dengan team yang terlibat :

    Bekerjasama rapat dengan team deco, team struktur, dan team vendor untuk memastikan setiap aspek perkahwinan diselaraskan dengan sempurna.

  • Memberi sokongan kepada pasukan jualan dan pemasaran dalam mencapai matlamat syarikat.
  • Buat amaran kerja untuk carian ini

    Sales And Marketing • Kota Bharu, Kelantan, Malaysia