Ringkasan Jawatan
Store Keeper bertanggungjawab menguruskan penyimpanan, pengeluaran, dan rekod inventori barang-barang di stor serta memastikan semua proses pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Jawatan ini memainkan peranan penting dalam memastikan stok sentiasa mencukupi dan rekod diselenggara dengan tepat.
Tanggungjawab :
- Mengurus penerimaan barang masuk, memeriksa kuantiti dan kualiti barang yang diterima.
- Menyusun dan menyimpan barang di stor dengan sistematik dan selamat.
- Mengeluarkan barang mengikut permintaan dan memastikan rekod pengeluaran lengkap.
- Menyediakan laporan stok harian, mingguan atau bulanan.
- Menyemak dan mengemaskini rekod inventori secara berkala.
- Mengurus dokumen berkaitan seperti resit, invois, dan surat penghantaran.
- Bekerjasama dengan jabatan lain untuk memastikan keperluan stok dipenuhi tepat pada masanya.
- Mengawasi kebersihan dan keselamatan stor.
- Membantu dalam proses audit stok dan menyediakan dokumen sokongan.
- Mengendalikan kerja pentadbiran berkaitan stor seperti pemprosesan pesanan dan pengurusan data.
Kelayakan :
Sekurang-kurangnya SPM / Diploma berkaitanPengalaman dalam pengurusan stor atau inventori adalah satu kelebihan.Kemahiran komputer yang baik, terutamanya MS Excel dan sistem pengurusan inventori.Teliti, berdisiplin dan mempunyai kemahiran organisasi yang tinggi.Mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan.Komunikasi yang baik dan kemampuan menyelesaikan masalah dengan cepat.Job Types : Full-time, Permanent
Pay : RM2, RM2,800.00 per month
Benefits :
Free parkingOpportunities for promotionProfessional developmentApplication Question(s) :
Berapa gaji yang diharapkan untuk jawatan ini?Adakah anda boleh mula bekerja dalam masa terdekat selepas dipanggil sesi temuduga?Work Location : In person